Jumaat, 27 April 2012

Kursus Umrah di Pusat Islam

Assalamualaikum....

Perkongsian ilmu kita hari ini yang aye dapat dalam kursus Umrah...mengenai Rukun Umrah,Perkara-perkara Sunat sebelum Berniat Ihram dan juga Larangan dalam semasa Ihram...

Mengenai Rukun Umrah
1. Niat Ihram Umrah
2. Tawaf Umrah
3. Sa'ie Umrah
4. Bercukur/Bergunting
5. Tertib pada setiap rukun

Ditambah Asas Sokongan Wajib Umrah
6. Niat Ihram Umrah di Miqad
7. Meninggalkan perkara semasa dalam Ihram

Perkara-perkara Sunat sebelum Berniat Ihram
*Antaranya
~ Potong kuku
~ Mandi Sunat Ihram
~ Merapikan janggut, misai & rambut
~ Mengambil wuduk
~ Solat sunat Ihram
~ Memakai Ihram warna putih
~ Memakai minyak rambut & wangian pada tubuh


Larangan dalam semasa Ihram

~ Pakai pakaian berjahit
~ Bertutup kepala (tidak boleh pakai ketayap,topi tetapi berpayung tidak mengapa jika kain ihram diangkat menjadi menutup kepala tetapi jangan diletakkan atas kepala)
~ Menutup muka bagi Wanita (Berpurdah selepas berihram boleh berpurdah kembali)
~ Sarung Tangan (Lelaki & Perempuan, lelaki sebab berjahit & perempuan sebab tangan bukan aurat wanita)
~ Meninggalkan Rambut @ Bulu
~ Mengerat @ memotong kuku
~ Memburu binatang buruan
~ Berkahwin, mengahwinkan dan menerima nikah
~ Melakukan pendahuluan persetubuhan
~ Melakukan persetubuhan
~ Menebang/Memotong/Mencabut pokok-pokok di Tanah Haram


Baiklah setakat ini perkongsian kita hari ini....Semoga perjalanan kita untuk ke Tanah Suci dipermudahkan olehNYA...Ameen Ya Robb...

Khamis, 26 April 2012

Boleh la nak Kapel n_nv

Tapi sebelum buat ape-ape spekulasi atau andaian mehh tengok video ni dulu...

HARAM bila niat nk ke perempuan saja-saja...kalo nak buat isteri xpe...
BOLEH ape nk jumpa...tapi perlu ada MAHRAM kalau ditempat yang terpencil dan sunyi..
BOLEH g kelas sesame sape kate xleh...leh je gi tapi nek kereta asing-asing..huhhuhu

selebihnya jom tengok video ni....


Rabu, 25 April 2012



Andai ku temui Adam yang mampu menerima diri ini seadanya...menyayangi diri seperti adanya...mendidik diri yang jahil ini...
Sesungguhnya akan ku persembahkan hati ini buatmu Adamku...ImamKu..Zauj ku...
aku akan sedia kepadamu..berada disisi mu seumur hidupmu dengan izin Illahi insyaallah..

Ku memohon serta berharap hanya pada Illahi kau akan hadir dalam hidup ini menemani diri menyusuri langkah ini...melengkapi sunnah Nabi...

Tika diri dilamar CINTA kuharap cinta itu buat Zauj ku bukan buat Lelaki yang sekadar ingin berteman dengan diri sekadar memenuhi senggang dihari-hari...ku akan labuhkan selendang Cinta buatmu tika kau punya ikatan buatku...Semoga ImpianKu ini diperkenan Illahi...

Buat si Dia andai benar jumpa la yang sepatutnya....bukan sekadar bermain kata memaniskan bicara...Sekadar itu keinginanKu...

Ku Harap Kan Bertemu Kau Yang Halal BuatKU...Ameen Ya Robb....

Aku Khilaf





Assalamualaikum....
ksilapan dilakukan tanpa dikesan ttpi mmberi kesan...
tanpa dikesan oleh diri ttpi mmbwa 1001 persepsi/ kesan bt diri....
tiap tutur langkah bertingkah tidak terjaga...
kemana pergi malumu itu An-Nisa'...sdngkn telah dikatakan malu itu saparuh dari iman...sdngkan Akhlak baginda pemalu lebih dari si perawan....
Aduhhh diri khilaf lagi...
trima kasih sahabat...kerna menyadarkan diri yang sedang lalai...
Taubat bt illahi..mohon maaf atas kekhilafan serta kejahilan diri....
maaf buat mereka yang terkesan dengan diri...maaf...
terima kasih teman kerna berada disisi...

Aduhai rupa-rupanya tingkah ini diperhatikan atau mungkin terlalu canggung sumbang langkahnya...
alhamdulillah seorang sahabat menegur diri yang hampir tersalah langkah..tika mana perlakuan tingkah laku tidak dijaga...syukran jiddan2...

kerna aku manusia yang tidak sedar kelalaian diri...bersyukurnya aku tika masih ada yang mahu menegur...

hadith pengajaran bt diri :

Malu adalah salah satu sifat utama seorang mukmin kerana ia adalah sebahagian dari lman. Malu tidak menghasilkan sesuatu kecuali kebaikan. la menjadi perisai daripada melakukan banyak perkara jahat.

Sejarah membuktikan bahawa nafsu manusia tidak terbatas dan tidak pernah puas. Hanya dengan sifat malu, mereka mampu membendung dan menjurusnya ke arah kemuliaan.

Malu sejati ialah malu yang didorong oleh perasaan lman kepada Allah.

Malu melakukan kebaikan adalah malu yang tercela dan dilarang seperti malu menutup aurat, malu mengerjakan ketaatan kepada Allah atau malu bertanya perkara yang tidak diketahui.

MALU adalah sifat terpuji kerana sesiapa yang memilikinya akan terlepas daripada segala kejahatan disebabkan sifat malu menghalang seseorang melakukan kesalahan serta kemungkaran.

Malu juga akan meninggikan darjat keimanan seseorang seperti sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kesimpulan yang boleh dibuat apabila melihat kemungkaran seperti rasuah dan pergaulan bebas ialah mereka sudah hilang sifat malu kerana tergamak melakukan perbuatan dilarang Allah.

Hilang malu menjadikan seseorang melakukan maksiat sesuka hati seperti dijelaskan sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Jika engkau tidak rasa malu, perbuatlah apa saja yang engkau mahu.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Bukhari)




Selasa, 24 April 2012

wacana bersama Ust Don Daniyal




Assalamualaikum...
22 April 2012
alhamdulillah disebalik kesibukan untuk menjalankan program yang direncanakan masih ada kelapangan waktu yang diberikan olehNYA untuk diri ini mengikuti satu program wacana bersama tokoh yang amat ku kagumi Ust Don Daniyal bersama sahabat Rohaidah Zainal...
tika jam 2.45 Ustaz masih belum kelihatan hati ini semakin gelisah kerna harus memenuhi tuntutan tanggungjawab dengan kuliah tepat jam 3.30 petang....alhamdulillah dengan rahmat ya robb kehadiran Ustaz sekitar jam 3 petang...seluruh dewan menyambut Ustaz dengan tepukan kerna gaya bawaan Ustaz yang santai berkacamata...
majlis bermula kemudiannya...sungguh masa berjalan dengan pantas...sekelip mata je masa terus ke 3.30 petang...dengan berat hati kaki melangkah keluar dewan bagi menghadiri kuliah yang tidak jauh dari dewan seminar wacana ilmu bersama Ustaz....
kelas Perkembangan Perniagaan dengan kelolaan En.Suflee berjalan lancar...sekitar 4.50 petang kuliah tamat...dengan sepantasnya diri ini menuju ke dewan seminar bersama seorang rakan dari kelas yang sama Nisa'...
Alhamdulillah walaupun sudah kesesi soal jawab masih banyak ilmu yang diperolehi...

antara perkongsiaannya....
*ada 3 golongan orang yang menuntut ilmu....

pertama :org yg hdir majlis ilmu trus duduk berdekatan dengan tuan guru maka Allah akan memalingkan muka bagi menatap orang tersebut.

Kedua :org yg hdir majlis ilmu trus duduk dibelakang tiang atau tempat memencilkan dirinya kerna malu dengan tuan guru maka Allah akan malu-malu untuk memandangnya.

Ketiga :org yg hdir majlis ilmu terus mencari-cari kawannya dan bersembang tanpa menghiraukan tuan guru maka Allah tidak mahu untuk menatapnya.


*Ketikamana org bertanya dan kita tidak mengetahui jawapannya jangan malu untuk berkata "tidak tahu" kerna Nabi sendiri berkata 'tidak tahu' sekiranya tidak dapat menjawab soalan yang ditanya kepada baginda.


*orang yang baik adalah dalam kalangan orang yang melayan baik ahli keluarganya (tidak berkata-kata kasar dengan sesiapa)

*seorang Muslimat WAJIB pergi ke Majlis ilmu di Masjid jika suami TIDAK BOLEH mengajar dan juga TIDAK DAPAT MENYEDIAKAN pengajar dirumah buat isterinya.
bagi seorang yang bujang jika ilmu agama masih boleh diperolehi dirumah tidak wajib untuknya keluar.

*Kata Baginda sesiapa yang memuliakan keturunanKu (cth Syed & Syarifah) maka Allah akan memuliakannya & akan memperoleh Syafaat dariKu.



Ahad, 15 April 2012

Wahai MUSLIMAH...




♥ Carilah LELAKI yang boleh mengingatkan mu tentang SEMBAHYANG,
=>Bukan LELAKI yang selalu mengajak TENGOK WAYANG..!

♥ Carilah LELAKI yang selalu mengingatkan dirimu untuk MENGAJI,
=> Bukan LELAKI yang selalu mengajak mu SMS TIAP-TIAP HARI..!

♥ Carilah LELAKI yang selalu mengingatkan mu tentang MENUTUP AURAT,
=> Bukan LELAKI yang hanya tahu nak MENGURAT..!

♥ Carilah LELAKI yang boleh mengajar mu MENGHORMATI ORANG TUA,
=> Kerana disitu letaknya pintu SYURGA..!

♥ adalah nsht bt diri ini jua...
=> smga stiap kita dpt mmbina kluarga yg shakinah...amin ya robb

jemputan beramai2 ke forum anjuran exco kerohanian tnb






FORUM PERDANA
”CINTA SEBELUM @ SELEPAS NIKAH ”
ANJURAN
EXCO KEROHANIAN DAN SAHSIAH



Tempat : DEWAN SERBAGUNA PKP BARU
Tarikh : 19 APRIL 2012
Masa : 8;30 MLM PENDAFTARAN

Ahli Panel : SYEIKH YUSOFF BIN HAJI AHMAD
USTAZ ROSNANIZAM BIN ROSDI