Selasa, 24 April 2012

wacana bersama Ust Don Daniyal




Assalamualaikum...
22 April 2012
alhamdulillah disebalik kesibukan untuk menjalankan program yang direncanakan masih ada kelapangan waktu yang diberikan olehNYA untuk diri ini mengikuti satu program wacana bersama tokoh yang amat ku kagumi Ust Don Daniyal bersama sahabat Rohaidah Zainal...
tika jam 2.45 Ustaz masih belum kelihatan hati ini semakin gelisah kerna harus memenuhi tuntutan tanggungjawab dengan kuliah tepat jam 3.30 petang....alhamdulillah dengan rahmat ya robb kehadiran Ustaz sekitar jam 3 petang...seluruh dewan menyambut Ustaz dengan tepukan kerna gaya bawaan Ustaz yang santai berkacamata...
majlis bermula kemudiannya...sungguh masa berjalan dengan pantas...sekelip mata je masa terus ke 3.30 petang...dengan berat hati kaki melangkah keluar dewan bagi menghadiri kuliah yang tidak jauh dari dewan seminar wacana ilmu bersama Ustaz....
kelas Perkembangan Perniagaan dengan kelolaan En.Suflee berjalan lancar...sekitar 4.50 petang kuliah tamat...dengan sepantasnya diri ini menuju ke dewan seminar bersama seorang rakan dari kelas yang sama Nisa'...
Alhamdulillah walaupun sudah kesesi soal jawab masih banyak ilmu yang diperolehi...

antara perkongsiaannya....
*ada 3 golongan orang yang menuntut ilmu....

pertama :org yg hdir majlis ilmu trus duduk berdekatan dengan tuan guru maka Allah akan memalingkan muka bagi menatap orang tersebut.

Kedua :org yg hdir majlis ilmu trus duduk dibelakang tiang atau tempat memencilkan dirinya kerna malu dengan tuan guru maka Allah akan malu-malu untuk memandangnya.

Ketiga :org yg hdir majlis ilmu terus mencari-cari kawannya dan bersembang tanpa menghiraukan tuan guru maka Allah tidak mahu untuk menatapnya.


*Ketikamana org bertanya dan kita tidak mengetahui jawapannya jangan malu untuk berkata "tidak tahu" kerna Nabi sendiri berkata 'tidak tahu' sekiranya tidak dapat menjawab soalan yang ditanya kepada baginda.


*orang yang baik adalah dalam kalangan orang yang melayan baik ahli keluarganya (tidak berkata-kata kasar dengan sesiapa)

*seorang Muslimat WAJIB pergi ke Majlis ilmu di Masjid jika suami TIDAK BOLEH mengajar dan juga TIDAK DAPAT MENYEDIAKAN pengajar dirumah buat isterinya.
bagi seorang yang bujang jika ilmu agama masih boleh diperolehi dirumah tidak wajib untuknya keluar.

*Kata Baginda sesiapa yang memuliakan keturunanKu (cth Syed & Syarifah) maka Allah akan memuliakannya & akan memperoleh Syafaat dariKu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan