Rabu, 25 April 2012

Aku Khilaf





Assalamualaikum....
ksilapan dilakukan tanpa dikesan ttpi mmberi kesan...
tanpa dikesan oleh diri ttpi mmbwa 1001 persepsi/ kesan bt diri....
tiap tutur langkah bertingkah tidak terjaga...
kemana pergi malumu itu An-Nisa'...sdngkn telah dikatakan malu itu saparuh dari iman...sdngkan Akhlak baginda pemalu lebih dari si perawan....
Aduhhh diri khilaf lagi...
trima kasih sahabat...kerna menyadarkan diri yang sedang lalai...
Taubat bt illahi..mohon maaf atas kekhilafan serta kejahilan diri....
maaf buat mereka yang terkesan dengan diri...maaf...
terima kasih teman kerna berada disisi...

Aduhai rupa-rupanya tingkah ini diperhatikan atau mungkin terlalu canggung sumbang langkahnya...
alhamdulillah seorang sahabat menegur diri yang hampir tersalah langkah..tika mana perlakuan tingkah laku tidak dijaga...syukran jiddan2...

kerna aku manusia yang tidak sedar kelalaian diri...bersyukurnya aku tika masih ada yang mahu menegur...

hadith pengajaran bt diri :

Malu adalah salah satu sifat utama seorang mukmin kerana ia adalah sebahagian dari lman. Malu tidak menghasilkan sesuatu kecuali kebaikan. la menjadi perisai daripada melakukan banyak perkara jahat.

Sejarah membuktikan bahawa nafsu manusia tidak terbatas dan tidak pernah puas. Hanya dengan sifat malu, mereka mampu membendung dan menjurusnya ke arah kemuliaan.

Malu sejati ialah malu yang didorong oleh perasaan lman kepada Allah.

Malu melakukan kebaikan adalah malu yang tercela dan dilarang seperti malu menutup aurat, malu mengerjakan ketaatan kepada Allah atau malu bertanya perkara yang tidak diketahui.

MALU adalah sifat terpuji kerana sesiapa yang memilikinya akan terlepas daripada segala kejahatan disebabkan sifat malu menghalang seseorang melakukan kesalahan serta kemungkaran.

Malu juga akan meninggikan darjat keimanan seseorang seperti sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kesimpulan yang boleh dibuat apabila melihat kemungkaran seperti rasuah dan pergaulan bebas ialah mereka sudah hilang sifat malu kerana tergamak melakukan perbuatan dilarang Allah.

Hilang malu menjadikan seseorang melakukan maksiat sesuka hati seperti dijelaskan sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Jika engkau tidak rasa malu, perbuatlah apa saja yang engkau mahu.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Bukhari)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan