Jumaat, 28 Disember 2012

Ujian...

 Tika Ujian Untuk Kita
Bagaimana cara langkah yang kita atasi
jika diambil dengan cara yang berlapang dada
maka redha Allah untukmu.


Jumaat, 21 Disember 2012

Buat Sahabatku

Salam buat sahabat,,
Alhamdulillah sahabat ku akan melangsungkan pernikahannya esk...
ya Allah aku tumpang berbahagia dengan kebahagiaanya...
ya Allah ku mohon Rahmatilah perhubangan yang terjalin atas kehendakMU ini,,
ya Allah, dia sahabatku yang aku sayangi...

Tautan kasih kini terpatri janji antara dua insan...
Menyimpul sayang kerana Pencipta...
Seia bersama ke hari muka..
Doa bonda ayahda,sentiasa ada.. tidak lupa sahabat yg menyayangi...

Semoga hubungan kekal abadi...
Mencorak bahagia yg sejati
Melahirkan Pahlawan & Srikandi hakiki
Taat setia kpd Illahi,,berkat didikan umi & abi

 Amin Ya Rabb...



Rabu, 5 Disember 2012

HILJAB ITU







Kain itu, setia melindungiku
Walau panas membahang
dalam hujan, guruh yang datang.

Kain itu, bukan sebarangan
Ia setia seperti setianya
Bintang kepada bulan
Siang kepada malam
Yang saling melengkapi.

Kain itu, bukan dagangan
Walau apa jua gaya dipasaran
Prinsip tetap sama
Melindungi martabat hawa.

Kain itu, tinggi nilainya
Juga memberi  cahaya
Dalam perjalanan  hidup yang gelita
Memberi berjuta makna
Buat srikandi agama.