Rabu, 5 Disember 2012

HILJAB ITU







Kain itu, setia melindungiku
Walau panas membahang
dalam hujan, guruh yang datang.

Kain itu, bukan sebarangan
Ia setia seperti setianya
Bintang kepada bulan
Siang kepada malam
Yang saling melengkapi.

Kain itu, bukan dagangan
Walau apa jua gaya dipasaran
Prinsip tetap sama
Melindungi martabat hawa.

Kain itu, tinggi nilainya
Juga memberi  cahaya
Dalam perjalanan  hidup yang gelita
Memberi berjuta makna
Buat srikandi agama.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan