Sabtu, 16 Jun 2012

CINTA...



assalamualaikum...

CINTA ...
ia merupakan suatu rasa yang FITRAH suatu rasa tika
kita ingin memiliki dan dimiliki kerana ILLAHI
saling menyintai dan dicintai hanya bagi mendapat RedhaNYA
CINTAtika ia aku terasa aku senang berdiam dan aku ingin belajar
belajar untuk menyimpan sahaja rasa itu
tika dia yang hadir sah menjadi ZAUJku akan ku luahkan ia
akan ku ikrarkan sumpah setia
selagi ia menginginkan aku menjadi surinya..

CINTAaku mendambakan cinta yang membawa aku kepada Illahi
mengajar aku kembali mengenal yang Esa
memimpin aku ke jalan yang satu...bersama-sama mencari Redha
bersama-sama membina mahligai bahagia

CINTA
aku meninginkan lelaki yang menginginkan aku menjadi suri
bukan sekadar bunga perhiasan yang bisa dihirup bau wanginya
aku perlukan lelaki yang berani menyatakan hasrat hati itu
terus kepada WALIku bukan mencari-cari aku

CINTA
terlalu suci bagi ku dan akan aku serahkan
hanya pada dia yang gagah yang akan menjadi pembimbing diri...
yang akan mengenggam jemari menuju ke majlis-majlis
cintaku buatmu yang bergelar SUAMI..

Kesalahan dalam Solat




Solat merupakan antara kewajipan paling penting dalam kehidupan umat Islam. Nabi SAW diisrakkan ke langit untuk menerima perintah solat. Solatlah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama baiki mutu solat kita. Maksud hadis:
“Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak.” (HR Thobrani)
Berikut merupakan kesalahan-kesalahan solat yang tidak kita sedari, berdasarkan hasil pembelajaran dan kajian saya selama ini. Semoga post kali ini memberi manfaat kepada kita, insya Allah…

  1. Tidak berdiri lurus. Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekerinya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri
  2. Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).
  3. Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah. Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.
  4. Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud. Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “subhanallah”. Maksud hadis:
“Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?”
“Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” (HR Ahmad)
  1. Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. Tujuh anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).” (Muttafaqun ‘Alaih)
  1. Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.
  2. Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
  3. Tangan berayun-ayun semasa i’tidal. Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i’tidal, yang macam buayan tu.
  4. Tidak berhenti seketika, yakni i’tidal selepas rukuk.
  5. Dada berpaling dari kiblat
Sumber: http://www.soutulmujahid.com/

Jumaat, 15 Jun 2012

Assalamualaikum....
zikir ni leh diamalkan sentiasa ye...smg tiap prkara yang kita tempuhi akan dipermudah dan dilancarkan...insyaallah....ameen ya robb...

perkongsiaan ni diambil dri Ustazah Zaharah yang dtg ke P.I hr tu bg talk bulanan muslimat...
same2 kita cuba amalkan yer,,,

Rabu, 6 Jun 2012

EXAM



bitTaufiq WanNajah fiLLimTiHan...


06/06 ORGANIZATIONAL COMMUNICATION
07/06 RESEARCH METHODOLOGY
09/06 BUSINESS PLAN
14/06 GROWTH
20/06 RETAILING
24/06 SPANYOL ii
28/06 FAMILY BUSINESS

kembali membilang hari...



Assalamualaikum..

Suatu yang bernama PERPISAHAN semakin hampir....semoga persahabatan kita bina tiada titik noktah...sentiasa menjadi kenangan yang kukuh tersemat dihati yang membina diri menjadi lebih matang dalam perhubungan...DIRI ini menCINTAI kalian...SUNGGUH!!
ADUHH sungguh sedih dan pahit yang bernama PERPISAHAN setelah 3 thun menyelami rasa meneguk bicara suatu KEMANISAN dalam bersahabat...kini yang bergelar BERPISAH MENGHADIRKAN DIRI jua...

Diri membilang hari dimana tarikh keramat kalian pergi meninggalkan diri ini meniti hari2 secara sendirian dalam menrentasi benua yang bernama alam universiti,,,menelan pahit maung sendiri tanpa kalian sepurnama lagi...sebelum diri ini mengikuti jejak kalian melangkah kaki keluar dari alam yang tersemat memori indah detik perjuangan...
melangkah ke suatu alam kedewasaan...ke alam pekerjaan...semoga tiap langkah kita mmperleh RAHMATNYA...Amin...

SAHABAT andai kau ketahui...betapa sedih rasa hati ini...tika suapan nasi bagai lambat menuju ke bibir tika hati berkira2 tarikh keramat itu...menitis air jernih dipipi tika makanan disuapi mengenangkan semester hadapan aku akan sendirian disini,,
SUNGGUH aku menangis mengenangkan TARIKH ITU....

Selepas TARIKH itu bila kah kita akan berkumpul semula wahai sahabat,,,menyulam rasa ukhwah bersama...saling bercerita masalah...berusrah...ADUHH rinduuuuuu....

TARIKH KERAMAT yang akn tiba....yang akan dilalui...Itu Pasti...

24/05/2012 Ai kembali ke Muar
25/05/2012 Arnida kembali ke kelantan
28/05/2012 Kak Niza kembali ke Skudai.....
29/05/2012 Aye pulang ke PERAK dan akan kembali menuntut di UUM 01/09/2012.......... ...........(SENDIRIAN TANPA KALIAN)


SELEPAS TARIKH ITU BILA KAH KITA AKAN KEMBALI BERSATU...???
KUMOHON KALIAN TIDAK MELUPAI DIRI INI DALAM PERJALANAN HIDUPMU...
DIRI INI MERUPAKAN INSAN YANG MASIH BELAJAR MENJADI SEORANG SAHABAT YANG BAIK BUAT KALIAN YANG BAIK BUAT DIRI INI...