Jumaat, 27 April 2012

Kursus Umrah di Pusat Islam

Assalamualaikum....

Perkongsian ilmu kita hari ini yang aye dapat dalam kursus Umrah...mengenai Rukun Umrah,Perkara-perkara Sunat sebelum Berniat Ihram dan juga Larangan dalam semasa Ihram...

Mengenai Rukun Umrah
1. Niat Ihram Umrah
2. Tawaf Umrah
3. Sa'ie Umrah
4. Bercukur/Bergunting
5. Tertib pada setiap rukun

Ditambah Asas Sokongan Wajib Umrah
6. Niat Ihram Umrah di Miqad
7. Meninggalkan perkara semasa dalam Ihram

Perkara-perkara Sunat sebelum Berniat Ihram
*Antaranya
~ Potong kuku
~ Mandi Sunat Ihram
~ Merapikan janggut, misai & rambut
~ Mengambil wuduk
~ Solat sunat Ihram
~ Memakai Ihram warna putih
~ Memakai minyak rambut & wangian pada tubuh


Larangan dalam semasa Ihram

~ Pakai pakaian berjahit
~ Bertutup kepala (tidak boleh pakai ketayap,topi tetapi berpayung tidak mengapa jika kain ihram diangkat menjadi menutup kepala tetapi jangan diletakkan atas kepala)
~ Menutup muka bagi Wanita (Berpurdah selepas berihram boleh berpurdah kembali)
~ Sarung Tangan (Lelaki & Perempuan, lelaki sebab berjahit & perempuan sebab tangan bukan aurat wanita)
~ Meninggalkan Rambut @ Bulu
~ Mengerat @ memotong kuku
~ Memburu binatang buruan
~ Berkahwin, mengahwinkan dan menerima nikah
~ Melakukan pendahuluan persetubuhan
~ Melakukan persetubuhan
~ Menebang/Memotong/Mencabut pokok-pokok di Tanah Haram


Baiklah setakat ini perkongsian kita hari ini....Semoga perjalanan kita untuk ke Tanah Suci dipermudahkan olehNYA...Ameen Ya Robb...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan