❤●•٠Surah Ar-Ra'ad (ayat 11):٠●❤ ●❤"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya."❤●
Sabtu, 24 November 2012
Alhamdulillah..Dihari Sabtu yang berbahagia ni telah menemui satu kebenaran yang dilindungi oleh kenalan diri..atas sebab apa penipuan itu tercipta mngkin diri ini tahu kenapa....tp xpa janji tidak terus ditipu itu lebih baik..tipu la lau xrasa sakit hati dia tipu kita kan tapi sesungguhnya kita harus memanjatkan kesyukuran kerna telah mengetahui yang sebenarnya....
Alhamdulillah..
bersyukur yg tidak terhingga kpd Illahi
yg telah mmbuka tirai pendustaan....
tirai penipuan itu...
iya benar...kebenaran itu pahit diungkapkan...
namun ia sebenarnya manis kerna itu adalah hakiki..
berkata benarlah jgn berdusta kerna 1 pendustaan yg dibuat mencipta 101 penipuan bagi menutupi pendustaan yg pertma..
kpd yg mncipta pendustaan berkata benarlah....jgn terus dalam dunia penipuan itu.... ^_^V
#Mood~Syukur sgt2.. kpd pendusta,xpe sy xmrh pon =)
Khamis, 1 November 2012
1~Umur = kita xthu usia kita smpai brp..mngkin 80thun,,,90 @
mungkin hanya trtulis 23tahun...brp lama kita hidup xpntng yg pntng apa yg kita
bt spnjng hidup (bt agama,ibubpa serta msyrkt)
2~Jodoh = kita xthu siapa jodoh kita mngkin yg kita suka tp
blm tntu baik utk kita & yg mn kita benci xsmstinya slmanya kita xska..
3~Rezeki = kita boleh berusaha ttpi Allah yg mnentukan
sglanya..
4~Mati = tarikh, masa, tempat kematian kita xketahui apa2 cuma
boleh berdoa & berharap mati dlm keadaan yg baik.
5~Tanah kubur = kita xthu masa mati kita jd tmpatnya juga
kita xkthui....
berdoalah utk mndpt yg terbaik dlm hidup dan juga berusahalah utk mnjadi yg trbaik...Ya Allah smg dpermudhkan...
Rabu, 10 Oktober 2012
Jumaat, 27 Julai 2012
Moment mendebarkan...ResuLt!

assalamualaikum...
alhamdulillah mhsiswa/si UUM dh boleh tahu result sem lps bermula semalam walaupun dgn line internet yg agk prob dan jg sistm lie portal yg trsgt bz ni...ada yg bernasib baik yg bleh chck...
alhamdulillah walaupn prjuangn masih blm selesai ttpi result perjuangan lepas telah diketahui..
alhamdulillah ya rabb..Tahniah bt sahabt2 yg berjaya mndpt 3.5 above.. Usaha kaliah mnunjukkn hasil yg sgt2 mmberangsangkan...sbg teman..sy tmpang brbangga dan berbahagia...
pgi ni lps je tgk result...trs sujud syukur...Alhamdulillah...ya ALLAH...alhamdulillah....
berape????biarlah...tpi diri ni sgt2 bersyukur...tapi itu kptsan perjuangan yg telah selesai TETAPI ada ag 2 perjuangan yang harus aye selesaikan kini....perjuangan yang tertangguh ini akan ku selesaikan kali ini jua..YA Allah bantulah hambaMu ini....kau berkatilah daku dgn rahmah bulan ramadhan yg mulia ini....
td tepon ibunda dikampg mgkhbrkn ttg berita ini..
"alhmdulillah syukur.. berusaha lagi jangan mudah putus asa...jangan cepat mengaku kalah.. jangan dok ckp xboleh...anak mak mesti boleh...berdoa berusaha sggh2 na..."
mak insyaallah adek akan berusaha sedaya...ttpi kdg kala diri ini lema dan kecewa dibahu mu aku meluahkan rs...melepaskn bicara...terima kasih mak kerna sentiasa bersama...berada di belakang anakmu ini....sayang mak....!
ayat mak yang akan ku ingat tika kecewa hti ini dan diluahkan kpd ibunda "jgn bndingkan diri imah dengan orng len...jgn banding dgn abg2 akak2 yg dh hbh...imah lain depa lain..individu yg berbeza ttpi tetap anak mak...mak xbezakan mana2...mak sayang semua..mak doakan utk semua...." sayangggg mak....!
oppsss macam dah terbabas je dri tajuk...
baiklah..apa2pon kptsn pepriksaan kita,,slagi boleh perbaiki,,selagi boleh berusaha lebih...usaha la...biar la org nk kata kita xbijak ke ape ke...rezeki masing2 kan...berdoa dan berusaha la...
jgn mudah putus asa....
Ahad, 15 Julai 2012
Lima perkara yang harus sentiasa dipraktikkan.
Assalamulaikum...
dalam melayari Fb smbil tggu caj lptp penuh...
trjumpe wall post kat fb mmbr. Petikan kate2 dri Dr. Hj. Tengku Asmadi T.M.
so nk shre ngn mmber2 kat sni jg la.
@>-- ape yg ditulis bt penerangan ini hanya cetusan jemari yang masih mencari2 ilmu dan berkata2 hnya mengikut lintasan dari hati dan minda. Mohon ampun maaf andai silap dalam tarian pena ini dan dimohon agar diperbetulkan kesalahan itu.
dalam melayari Fb smbil tggu caj lptp penuh...
trjumpe wall post kat fb mmbr. Petikan kate2 dri Dr. Hj. Tengku Asmadi T.M.
so nk shre ngn mmber2 kat sni jg la.
5 perkara yang beri ketenangan jiwa dan kebahagiaan hati.
1) Bersangka baik pada semua orang
1) Bersangka baik pada semua orang
@>-- mmg susah tp xsalah kita ckp kat hati time nk bersangka xelok try positif kn hti. bicara ke hati dgn ayat2 yg +tive ttg indvu or prkara tu.
2) Mencari hikmah dan kebaikan disebalik setiap perkara atau peristiwa
2) Mencari hikmah dan kebaikan disebalik setiap perkara atau peristiwa
@>-- okay.mmg susah bnda ni. tp kalau kita xcuba mn nk thu kan..? kna ingat stiap bnda yg berlaku ada hikmahnya. dan sesungguhnya Allah maha mngetahui sgala2nya utk kbaikkn hmbaNYA.
3) Bersyukur dan tidak membanding dan membeza-bezakan
3) Bersyukur dan tidak membanding dan membeza-bezakan
@>-- 1situasi ape korng rs lau korng bg hdiah kat someone yg special then orng tu lak comparekn hadiah korng ngn hadiah indvu len bg ke dia. mesti agak terkilan kan. Jadi STOP skg nk membeza2kn or membanding2kn try TERIMA seadanya apa yg dh diterima.
4) Redha atas apa juga yang berlaku
4) Redha atas apa juga yang berlaku
@>-- Menerima ketentuan yang ALLAH berikan bt kite dgn sabar dan terbuka. mcmSurah Al-Baqarah Ayat 216 :“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
5) Penyerahan sepenuhnya kepada Allah.
@>-- Ingatlah tiada satupun yg didunia ini kepunyaan hakiki kita. semua hanya pinjaman dri Allah, bila2 masa akan diambil semula dan DIA akan memanggil kita kembali kesisiNYA.
5) Penyerahan sepenuhnya kepada Allah.
@>-- Ingatlah tiada satupun yg didunia ini kepunyaan hakiki kita. semua hanya pinjaman dri Allah, bila2 masa akan diambil semula dan DIA akan memanggil kita kembali kesisiNYA.
@>-- ape yg ditulis bt penerangan ini hanya cetusan jemari yang masih mencari2 ilmu dan berkata2 hnya mengikut lintasan dari hati dan minda. Mohon ampun maaf andai silap dalam tarian pena ini dan dimohon agar diperbetulkan kesalahan itu.
Sabtu, 16 Jun 2012
CINTA...

assalamualaikum...
CINTA ...
ia merupakan suatu rasa yang FITRAH suatu rasa tika
kita ingin memiliki dan dimiliki kerana ILLAHI
saling menyintai dan dicintai hanya bagi mendapat RedhaNYA
CINTAtika ia aku terasa aku senang berdiam dan aku ingin belajar
belajar untuk menyimpan sahaja rasa itu
tika dia yang hadir sah menjadi ZAUJku akan ku luahkan ia
akan ku ikrarkan sumpah setia
selagi ia menginginkan aku menjadi surinya..
kita ingin memiliki dan dimiliki kerana ILLAHI
saling menyintai dan dicintai hanya bagi mendapat RedhaNYA
CINTAtika ia aku terasa aku senang berdiam dan aku ingin belajar
belajar untuk menyimpan sahaja rasa itu
tika dia yang hadir sah menjadi ZAUJku akan ku luahkan ia
akan ku ikrarkan sumpah setia
selagi ia menginginkan aku menjadi surinya..
CINTAaku mendambakan cinta yang membawa aku kepada Illahi
mengajar aku kembali mengenal yang Esa
memimpin aku ke jalan yang satu...bersama-sama mencari Redha
bersama-sama membina mahligai bahagia
CINTA
aku meninginkan lelaki yang menginginkan aku menjadi suri
bukan sekadar bunga perhiasan yang bisa dihirup bau wanginya
aku perlukan lelaki yang berani menyatakan hasrat hati itu
aku perlukan lelaki yang berani menyatakan hasrat hati itu
terus kepada WALIku bukan mencari-cari aku
CINTA
terlalu suci bagi ku dan akan aku serahkan
hanya pada dia yang gagah yang akan menjadi pembimbing diri...
yang akan mengenggam jemari menuju ke majlis-majlis
cintaku buatmu yang bergelar SUAMI..
terlalu suci bagi ku dan akan aku serahkan
hanya pada dia yang gagah yang akan menjadi pembimbing diri...
yang akan mengenggam jemari menuju ke majlis-majlis
cintaku buatmu yang bergelar SUAMI..
Kesalahan dalam Solat

Solat merupakan antara kewajipan paling penting dalam kehidupan umat Islam. Nabi SAW diisrakkan ke langit untuk menerima perintah solat. Solatlah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama baiki mutu solat kita. Maksud hadis:
“Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak.” (HR Thobrani)
Berikut merupakan kesalahan-kesalahan solat yang tidak kita sedari, berdasarkan hasil pembelajaran dan kajian saya selama ini. Semoga post kali ini memberi manfaat kepada kita, insya Allah…
- Tidak berdiri lurus. Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekerinya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri
- Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).
- Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah. Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.
- Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud. Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “subhanallah”. Maksud hadis:
“Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?”
“Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” (HR Ahmad)
- Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. Tujuh anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).” (Muttafaqun ‘Alaih)
- Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.
- Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
- Tangan berayun-ayun semasa i’tidal. Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i’tidal, yang macam buayan tu.
- Tidak berhenti seketika, yakni i’tidal selepas rukuk.
- Dada berpaling dari kiblat
Sumber: http://www.soutulmujahid.com/
Langgan:
Catatan (Atom)



