Sabtu, 19 Mei 2012

Solat Sunat Istikharah

credit: Solat Istikharah, Tata Cara dan Doa



Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Tata Cara Shalat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”


Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:




Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

Jumaat, 11 Mei 2012

Kerana Lidah



kerana lidah badan binasa,
kerana lidah mendapat dosa,
kerana lidah cipta sengketa,
kerana lidah membawa derita,
kerana lidah putus saudara,

kerana apa???kerana lidah tidak dijaga...
lebih baik berdiam dari berkata sesuatu yang tidak pasti atau sia2... (◕‿◕✿)

Khamis, 10 Mei 2012

mengapa & maaf

mengapa...
ketika perpisahan ini semakin hampir
kurasakan kau semakin menjauh...
kurasakan kau semakin menghilang....
kurasakan kau semakin berlalu bersama mereka
aku cemburu....mengapa sahabat????

mengapa...
ikatan kita smakin longgar...
dimana hilang talinya...atau kenapa simpulan itu semakin longgar...
hampir 3tahun menyulam ukhwah...myimpul rs cinta kasih dalam bersahabat...adakah ini titik noktahnya????mengapa sahabat....

mengapa....
perlu ada ini???
kemaafan mu kupohon....kerna mngkin diri ini punca segala benci...atau mungkin kekurangan senang hati...ku memohon maaf andai selama bersahabat diri ini sering mengukir bicara simbilu melukai hati sahabat2 tanpa disedari....maaf....

maaf...
kerna diri tidak mampu mnjadi seorang sahabat buat dirimu yang kuanggap sahabat serta saudaraku...diri ini sering khilaf...diri ini masih dalam perjalanan perubahan....tiap langkah tingkah kadang kala pincang dan sumbang....

maaf....
buatmu sahabat kuharap dirimu sentiasa dalam rahmatNYA...
sentiasa bersama serta dikelilingi orang2 yang menyayangimu...
kerna diri ini jua menyalurkan cinta kepadamu wlau tanpa sadarmu..

maaf....
atas segala2nya sahabat....
kuharap ukhwah ini sentiasa berpanjangan...ukhwah fillah...
perhubungan kerana Allah...maaf atas segalanya...ku harap cinta kasih sayang kita bersama akan sentiasan berpanjangan...
bersahabat hingga keakhir hayat....maaf

maaf...maaf...maaf...maaf (◕_◕✿)

Selasa, 8 Mei 2012

berite sedih

Assalamualaikum...
hri ini sekitar jam 1.40ptg aye dpt khbr yg bapa sahabat telah meniggal dunia...
semoga sahabt aye tabah...
hnya sekalung doa yang dapat aye titipkan....
beliau seorg sahabat yang baik...

Sabtu, 28 April 2012

Nak Pi Arau Perlis...





Assalamualaikum...

hari ini 28 April 2012 jam 3.30 petang insyaallah sya n sahabat2 akan ke Arau Perlis untuk outing...also nk p makan2...tapi bukan la gi makan cam baby ni...huhuhuhu

sya juz teman dorg yang Final Sem..kebanyakan shbt2 aye mmg ambil cos 3 tahun ada yg BBA, Finnce...so myb this time nk luangkan masa bersama2 sblm nk final xam..Lps hbh xam final ni tak tau la bila lagi nak dapat jmpa n outing macam ni lagi...kalo jmpa pon adakah perhubungan dan ukhwah akan tetap terjalin mesra begini...sy sayang kalian..
Kalian sahabat saya....

Kenangan Pahit Manis Masam n Tawar yang terlukis sepanjang 3 tahun berteman merupakn detik terindah dlm hidup ini...

Diri ini amat mensyukuri kehadirin kalian sebagai SaHaBaT...dan ianya merupakan anugerah terindah dari ALLAH buat diri ini....

Semoga Ukhwah yang terjalin berpanjangan Insyaallah....Mohon maaf atas segala kesilapan diri yang telah dilakukan sama ada dalam keadaan sedar atau tanpa sengaja...

Asiff Jiddan..maaf..im sorie..

Finishing School



Assalamualaikum...
hai sahabat2...semalam ingat nk post entry ni...tp cam xcukup masa pulak...huhuhu
begini semalam tanggal 27 April 2012 aye n sahabat2 lain terlibat dengan program anjuran COB (Collge of Busines)UUM untuk dihadiri... aye sesaje je g sbb ingat nk create some memories ngan sahabat2...urmmm..
Aye g lewat berbanding shabat2 aye...coz dorg nek bas..aye lak minta adek ni hantarkan..nak dijadikan cerite aye sampai2 dah time break for 15 min...kire alhamdulillah la coz kelewatan aye tidak disedari kan...huhuhuhu
okay jadi dipendekkan storie morie ni...sampai la ke slot terakhir resume for grduate cmner nak tarik perhatian bakal majikan...jadinya Puan Noraini ckp cth resume ni mmg penting jadinya lps je tamat Puan Noraini bg talk aye pon ambil soalan kajiselidik n bawa kedepan sekali harung la kan...nk jmpe puan Nuraini sambil hantar soalan kajiselidik...

Then nak dijadikan cerite lps tu aye terjumpe sendirian dengan Puan Noraini then she asking my nme...aye jwb la AMIRA...owhh sme ngn anak saya Puan cakap... :)

then Puan Noraini said You look cnfdnt dear...which is really good...you should have xtra quality in urself...aye jawab..myb i look cnfdnt BUT my result is not 2 Good..
Puan Noraini said again Result tu mmg penting ttpi kalau u have this kind of confidnt n have xtra qualty n hve imprvemnt itu xjadi masalah...ramai stdnt i yang pointer not 2 good but can survive n also get an good job because this kind of quality...

Allah...jika sebelum ni aye betoi2 riso about myfutre how 2 get an a good job wth my pointer tht not so good...BUT ystrday i get satu motivasi dari Puan Noraini..and also after this aye kena pastikan walaupon result tidak berapa terbaik tetapi jangan sampai jatuh dengan teruk..teruskan usaha agar result semakin meningkat... insyaallah..

Lagi yang dinasihatkan oleh Puan Noraini spanjang berada di IPTA harus aktf n also kna terlibat dengan progrm yang diadakan...harus ada sijil yang membuktikan kite pernah menjadi pengarah,timbalan,setiusaha,bendahari jangan hanya menjadi AJK Biasa sahaja...Perlu juga terlibat dengan seminar2 atau juga talk yang berkaitan dengan bidang pengajian dan diluar bidang...contoh terlibat dengan Seminar bersama Tokoh Kprat, Seminar Microsoft dan sebagainya...PERLU ADA SIJIL SEBAGAI BUKTI...



Insyaallah Konvokeyen aye dan sahabat2 adalah OKTOBER 2013

Jadi sahabat2 result kita memang HARUS kita pastikan semakin meningkat TETAPI dalam pda masa yang sama harus ada softskill dalam diri...saya tidakkata saya yang terbaik tetapi ini perkongsiaan dari saya shj..sekadar pandangan...

Jumaat, 27 April 2012

Kursus Umrah di Pusat Islam

Assalamualaikum....

Perkongsian ilmu kita hari ini yang aye dapat dalam kursus Umrah...mengenai Rukun Umrah,Perkara-perkara Sunat sebelum Berniat Ihram dan juga Larangan dalam semasa Ihram...

Mengenai Rukun Umrah
1. Niat Ihram Umrah
2. Tawaf Umrah
3. Sa'ie Umrah
4. Bercukur/Bergunting
5. Tertib pada setiap rukun

Ditambah Asas Sokongan Wajib Umrah
6. Niat Ihram Umrah di Miqad
7. Meninggalkan perkara semasa dalam Ihram

Perkara-perkara Sunat sebelum Berniat Ihram
*Antaranya
~ Potong kuku
~ Mandi Sunat Ihram
~ Merapikan janggut, misai & rambut
~ Mengambil wuduk
~ Solat sunat Ihram
~ Memakai Ihram warna putih
~ Memakai minyak rambut & wangian pada tubuh


Larangan dalam semasa Ihram

~ Pakai pakaian berjahit
~ Bertutup kepala (tidak boleh pakai ketayap,topi tetapi berpayung tidak mengapa jika kain ihram diangkat menjadi menutup kepala tetapi jangan diletakkan atas kepala)
~ Menutup muka bagi Wanita (Berpurdah selepas berihram boleh berpurdah kembali)
~ Sarung Tangan (Lelaki & Perempuan, lelaki sebab berjahit & perempuan sebab tangan bukan aurat wanita)
~ Meninggalkan Rambut @ Bulu
~ Mengerat @ memotong kuku
~ Memburu binatang buruan
~ Berkahwin, mengahwinkan dan menerima nikah
~ Melakukan pendahuluan persetubuhan
~ Melakukan persetubuhan
~ Menebang/Memotong/Mencabut pokok-pokok di Tanah Haram


Baiklah setakat ini perkongsian kita hari ini....Semoga perjalanan kita untuk ke Tanah Suci dipermudahkan olehNYA...Ameen Ya Robb...