Ahad, 15 April 2012

cerita hari ini



assalamualaikum....
ya allah hari ini sy mnjadi keliru...dgn ape yg sy dengar smlm...
hurmmmm terjaga dalam jam 4pagi dan xmampu melelapkan mata kembali...lantas jemari pantas mencari lappy dan menaip link belog diri...
betoi ke ape yg sy baca smlm...betoi ke sy???ketika ingin beradu semalam hndphne itu masih digenggaman tangan menanti jika ada maklmat lain yg dtg....
hati ini berdebar ketika tahu masa itu akan ada...dan akan sering bersua....tapi betoi ka????aku masih x percaya....
xpa nti sy try confrmkan....hurmmmm
dah la sekembalik dri bercuti banyyyakkkk sgt kijo...pagi ni da perjumpaan dengan tun Mhthr....nk prepair forum 19 hb ni lagi...asgmnt yg menimbun2 nk kna bt pmbetulan xsgmnt yg kna reject ag....hurmmmm mnx2 suma sempat n berjalan lancar...
dugaaannn sy bergelar mahasiswa.... n_nv


Khamis, 29 Mac 2012

Ku Menghitung Hari...

Assalamualaikum....
dah lama sgt2 aye xupdate belog ni...nasib baik sawang xbyk sgt :D huhuhuhu
skg dah jam 3.36 pagi aye xtido lagi sbb siapkan tugasan OC yakni komnksi orgnssi...
mesti tertnya2 ape 2 menghitung hari yg aye mksdkn...kalau sahabat2 kat U ni msti dah thu...aye sedang mnghitung tarikh keramat dimana mereka (shbt2) akan pergi tinggal kan aye di uum sorang2 utk 1 sem lagi...aye sedih sgt2 tp kehidupan harus dteruskn...setiap pertemuan akan ade perpisahan...setiap awalan ade pngakhirannya... itu dah tertulis & djanjikan...
xpe aye redha...walaupun mungkin pertemuan selepas perpisahan nanti xakan same lagi keadaannya...tak kan ade gurauan manjew dari mereka...aye kna redha ya ALLAH...
kerna setiap kmi melalui proses kehidupan yg berbza...menjalani hari2 yg xsame lagi... ai mungkin lps ni tak de lagi pggilan 'MoK' antara kita yg digunakan dgn selingan tawa manis ai...akak mungkin lepas ni takde lagi cubitn mnjew yg mnyengat.. xde jua nasihat2 yg sy dahagakan...nida,mungkin lepas ni takkan ade org yg nk mnjerit tetibe lam bilik...sesaje tutup pintu kuat2 sbb nk awk marah...yg mana suasana bilik akn sepi andai dua2 bz wlpn kite dok ade mneliti kerja...
percayalah akk, nida, ai sy akan rindukan kalian...akan tersangat2 rindu...sy nmpak garang, kuat, boleh berdikari, kental (kononnya)...
yes i am...! but when that time came i will lose...i will be da one who reallyyyyyyy sad that time....tika memikirkan kalian tidak lagi disisi menerusi perjuangan ini.. dan aye harus KUAT untuk pengajian berbaki 1 sem lagi...Sahabat doakan diri ini mampu..dan aye nk kalian sume igt...wlpn spnjg kite bersme ade catatan duka, lara, sedih, gembira, suka....semuanya telah mnjadi 1....rs SAYANGGGGG yg teramat sgt buat kalian...
tgk dok tulis ni pon aye leh ngis sorg2 inikan pula aye nak berpisah nanti... prpisahan yg mmpu kita berjanji untuk bersama ketemu kembali...TETAPI bilew???masih mnjadi tanda misteri....

sahabat...
maafkan diri
andai diri bukan teman sejati

sahabat...
maafkan diri
tika telah mnyakiti hati

sahabat...
maafkan diri
jika ada bicara mngguris rasa

sahabat...
maafkan diri ini insan yang tidak smpurna
yang masih mncuba2 mnjdi sahabatmu...
kupohon halalkan segala...spnjng kita menjelajah
masa di pndlamn ilmu ini bersama(sintok)...
halalkn mkn minum dan stiap titis keringat
yang dicurahkan dlm mnjalinkn prsahabatan ini....

salam ukhwah fillah...buatmu shbt2ku...
...ana uhibbuki jiddan2...


Rabu, 18 Januari 2012

hari ini 18/01/2012




Untukmu Yg Halal Buatku...

• ✿ Assalamualaikum...• ✿

•*´¨`*••*´¨`*•*••*´¨`*• ✿
Tika kuMenanti Kau yang Halal buatKu..
Akan ku penuhi ilmu didada ini...Semoga hadirku disisiMu kan
memberi 1001 kegembiraan, kemudahan dan kesih sayang buatmu dan keluarga..
Yang Halal buatku,KemaafanMu kepohon kerna dipersembahkan diri dengan hati yg tidak suci lagi...Kerna Hati ini pernah melakukan suatu kesilapan dengan menyintai mendambakan yang lain selain yang Halal buatku...Kau yang Halal buatku harus kau ketahui bahawa itu adalah zaman silamku yang tersasar dari landasan kerna mencari apa iitu makna Cinta...Yang Halal buatKu ku harap diriMu mengampunkan KhilafKu...
Ku berjanji walau bkn DiriMu yang perTama diHati namun Kau akaN menjadi yang terakhir bersemadi dihati kerna kau adalah yang Halal untukKu curahkan rasa hati...
Yang Halal Bagiku Kau bimbinglah Diri Ini Kejalan Illahi mencari RedhaNYA dlm prjlnan ini...Ku ingin Kau Yang Halal BagiKu sentiasa ada disisi Menbimbng diri Ini dalam melangkah mencari RedhaNya....bolehkan Yang HAlal buatKu??
sEmoga ku temuiMu dan diri akan menemui diri INi...semoga DipercepatKan Jodoh dan pertemuan kita wahai yang Halal BuatKu....

Amin Ya Robb...•✿*´¨`*••*´¨`*•*••*´¨`*• ✿

Rabu, 7 Disember 2011

Rayuan-Rayuan Yang Amat Berbahaya Yang Harus Dijauhi Oleh Setiap Wanita





1. Ukhti, ana mencintaimu kerana Allah


2. Ana nak jadikan anti sebagai adik angkat, boleh?


3. Anti cantik le kalau pakai tudung labuh dan jubah


4. Jika di hatinya Ali terukir nama Fatimah, maka dihatiku terukir namamu ukhti


5. Ukhti, adakah engkau tulang rusukku yang bengkok itu?


6. Assalamualaikum... anti sudah makan?


7. Anti sudah solat malam belum?


8. Ukhti, boleh minta no hp? nanti ana bagi sms kata-kata hikmah


9. Subhanallah... ana kagum dengan keperibadian anti. Anti seperti Fatimah dan Sumayyah


10. Alangkah beruntungnya ikhwan yang berjaya mendapatkan anti kelak... Masya Allah...


11. Ukhti, couple tu haram."Dan Janganlah kamu mendekati Zina". Oleh itu, sudikah anti berta'aruf dengan ana secara islami?


12. Ukhti, nanti program Islam di sana datang tau? Ana pun akan datang jugak.


13. Masya Allah, ilmu anti sangat luas, bolehkah bantu ana dengan selalu memberikan nasihat pada ana?


14. Nak tak ukhti jadi admin group ana? nanti anti boleh menemani ana menghandle group ini.


15. Ukhti, kalau ada apa-apa masalah agama yang anti tidak tahu, tanya kat ana tau? Insya Allah ana akan cuba bantu.


16. Ukhti, ana baru belajar, ilmu ana sedikit, ana mohon ukhti membimbing dan nasihat ana selalu.


17. Ukhti, halalkan ana... jangan sampai ana putus asa disebabkan ukhti menolak ana...


18. Anti sudah ana anggap sebagai adik ana sendiri, jadi jangan ragu-ragu jika memerlukan sesuatu dari ana...


19. Ukhti sudah hafal berapa juz? Boleh ana mendengar bacaan ukhti?


20. Afwan ukhti...ana segan jika bertemu secara langsung. Boleh kita tukar gambar je? Tapi ukhti bagi le dulu. Wah... Anti cantik sangat... Nama pun sedap...


21. Anti, ana tak boleh lupakan anti...


22. Ana sayang anti sangat-sangat


23. Anti, ana call boleh?


24. Suara anti sedap. Ana suka dengar.


25. Anti, ana rindu nak dengar suara anti. Boleh ana call lagi?


26. Hanya ada anti saja dalam hati ana. Ana nak jadikan anti zaujah ana.


27. Anti buat apa tu? Tak tido lagi ke? Jom borak!


29. Jom keluar. Kita bincang2 isu agama dan semasa.


* p/s: kepada semua wanita, silalah ambik perhatian mengenai rayuan-rayuan berbahaya para ikhwan ini... semoga ianya bermanfaat buat anda dan terhindar dari sesuatu yang tidak diingini...

Selasa, 29 November 2011

~**aWaK sUme k3nA bAc3 TaU....**~





“Sesungguhnya Allah tidak menilai kepada susuk dan rupa badan serta hartamu, tetapi Allah akan menilai hati dan amalanmu” (HR. Muslim)

TIPS CANTIK SENTIASA.

1. Selalu sirami hati kita dengan zikir.

2. Suburkan jiwa kita dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an

3. Aktifkan tubuh kita untuk sentiasa beribadat kepadanya

4. Tekadkan hati kita dengan mencintai Allah dan RasulNya

5. Berbuat baiklah kepada orang tua dan orang lain

6. Jadikan sifat jujur sebagai pengharum mulut.



7. Sematkan kesabaran anda pada setiap langkah

8. Taburi benih-benih cinta dan kasih sayang dalam setiap waktu kepada ALLAH.

9. Menjadikan syukur sebagai benteng pertahanan diri.

10. Mengenakan sifat taqwa sebagai pakaian tetap anda setiap hari.



Itulah sedikit tips kepada anda para pembaca (dan bt diri sy sndiri),jika kita mampu mempraktikkan diri, Insyaallah kita akan mendapatkan nilai A++++ dalam kecantikan diri kita.

InsYaaLLAh...

Ahad, 27 November 2011

~USAH RISAU JIKA DIRI BELUM B'PUNYA..mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita...



Resah.Gelisah.Seraut wajah termenung jauh."Orang lain semua dah kahwin,tinggal aku sorang saja".Sekeping hati bermonolog.Monolog itu disusuli tujahan prasangka."Aku x cantik ke?" "Aku kurang bergaya ke?" "Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?" "Aku tak pandai meng'ayat' agaknya".

Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya.Rasa rendah diru,stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram.Yang penting,dapat.

Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta.Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta,mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki.Tidak serik-serik lagi.Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga berkonflik dengan Pencipta cinta.Semua batasan-Nya diredah segala.Tak kenal dosa pahala.

Oh,remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina.Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun,percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat.Apa tidaknya,asasnya dibina daripada dosa dan maksiat.

Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat.Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar.Semuanya dah dirasa dan terbiasa,nak rasa nikmatnya apa lagi?Anak-anak menjadi mangsa.Terimalah ia sebagai hukuman di dunia.Amat pedih.Namun,terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Kuhembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga.Bagi para gadis yang belum berpunya,andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan,yakinlah.

Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita.Usah peningkan kepala.Dia menguji anda sedikit masa lagi.

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya," first thing first".Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting.Kenali prioriti anda sekarang.Jika memang dah sampai saat nak memiliki,tabahlah dan teruskan berusaha.Ingat,pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya.Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran.Jangan putus asa.Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak.Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya.Teruskan berusaha!

Ingat,usaha yang Allah redha sahaja.Bagaimana?Dengan sms siang malam?Atau bergayut di telefon memanjang?Atau ajak keluar,belanja makan?Begitukah?

Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu,itu tips memikat wanita solehah dan beriman.Seabik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali,seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi.Pepohon berduri sanggup diredah,curam dan jurang sabar ditempuh.Namun,apabila dia memilikinya,didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma.Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan Sunnah.

Beringatlah,urusan jodoh tak ke mana.Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita.Ianya urusan yang pasti.Apa yang tak pasti,sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya.Wallahu'alam.

~**perkongsiaan dri blog shbt**~
~**amat bermakna sgla nsht2nya**~

Isnin, 31 Oktober 2011

hari ini 30/10





assalamualaikum...
10 Petanda Dia Jodoh Kita..

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.